Friday 16 March 2012

Diam , diam dan diam...

Apa yang aku tahu mengenai maksud diam ialah tak cakap apa-apa pun. Aku tak akan beritahu apa-apa mengenai diri aku kalau di tanya kecuali pada mereka yang aku percaya sahaja. Aku tahu ada orang yang rasa mereka sudah sangat bagus dan tak perlu dengar kata orang lain. Ada juga yang beranggapan bahawa mereka betul dan orang lain salah. Aku pun tak perlu cakap apa-apa mengenai mereka yang sebegini. Jadi , lebih baik diam. Aku akan bergembira jalani kehidupan aku seharian disamping menetapkan matlamat aku untuk SPM seperti biasa. Aku juga berdoa agar semua umat Islam di dunia ini perbanyakkan muhasabah diri. Kerana dengan cara ini sahaja kita dapat perbetulkan segala kesalahan kita sama ada yang disengajakan atau yang tidak disengajakan. Kalau dah nama manusia, tak ada yang maksum seperti Rasullullah S.A.W.. Jadi , aku juga mengaku yang aku banyak buat salah silap kepada ibubapa , keluarga, guru-guru dan rakan-rakan serta orang-orang sekeliling aku. Aku juga nak semua orang yang aku sayangi doakan kesejahteraan aku dan menegur aku. Aku pasti ramai yang tak suka apabila diri mereka dimarahi, dimaki atau dicerca. Malah , buat mereka yang beragama Islam pasti tahu kalau Islam tidak menggalakkan penghinaan , pemberontakan , malah Islam yang aku tahu menggalakkan agar mereka yang melakukan kesalahan ditegur dengan sebaik-baiknya agar nasihat yang disampaikan terkesan di sanubari seseorang. Jadi , aku akan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit agar ianya menjadi semakin baik dari sehari ke sehari. 

No comments:

Post a Comment