Saturday 17 March 2012

Unfaithful

Unfaithful yang aku maksudkan bukan utk" boyfriend  or else ", maksud aku aku tak setia pada janji aku sendiri..Aku tak tahu apa penyebab dan punca aku jadi begini. Orang yang betul-II rapat dengan aku je yang tahu aku macam mana sekarang. Aku lupa sebab nawaitu aku yang sebenar..Mungkin sebab jiwa budak-II muda kot aku jadi macam ni. Aku pula jenis yang tak pandai cakap " saya minta maaf " . Aku hanya pandai cakap " sory " je. ish3...Patut la orang cakap aku ni kadang-II kurang ajar atau suka melawan cakap orang tua. Aku selalu rasa macam tak suka dengar orang marah atau bebel aku. Tapi aku juga lupa kalau orang yang marah atau bebel aku tu sebenarnya mengajar aku kearah kebaikan. Aish,,,dunia-II...ouh ye , lagi satu aku ni cepat terpengaruh dengan sesuatu yang aku rasa boleh membuat aku rasa seronok. Aku rasa perangai aku ni tak la pelik , sebab ramai lagi rakan-II yang macam aku kan ? oke , aku akan cuba berubah sikit-II perangai aku yang teruk ni..Sesiapa yang baca , tolong doakan aku juga ok ? Aku nak doakan aku agar lembut hati , ubah perangai dan doakan aku capai kecemerlangan dalam SPM yang akan datang.



However , i'm still miss my mum and dad ( walaupun takde gambar yang boleh dipaparkan). Sorry coz i can't back home this school holiday,,,<3<3<3<3

Friday 16 March 2012

Diam , diam dan diam...

Apa yang aku tahu mengenai maksud diam ialah tak cakap apa-apa pun. Aku tak akan beritahu apa-apa mengenai diri aku kalau di tanya kecuali pada mereka yang aku percaya sahaja. Aku tahu ada orang yang rasa mereka sudah sangat bagus dan tak perlu dengar kata orang lain. Ada juga yang beranggapan bahawa mereka betul dan orang lain salah. Aku pun tak perlu cakap apa-apa mengenai mereka yang sebegini. Jadi , lebih baik diam. Aku akan bergembira jalani kehidupan aku seharian disamping menetapkan matlamat aku untuk SPM seperti biasa. Aku juga berdoa agar semua umat Islam di dunia ini perbanyakkan muhasabah diri. Kerana dengan cara ini sahaja kita dapat perbetulkan segala kesalahan kita sama ada yang disengajakan atau yang tidak disengajakan. Kalau dah nama manusia, tak ada yang maksum seperti Rasullullah S.A.W.. Jadi , aku juga mengaku yang aku banyak buat salah silap kepada ibubapa , keluarga, guru-guru dan rakan-rakan serta orang-orang sekeliling aku. Aku juga nak semua orang yang aku sayangi doakan kesejahteraan aku dan menegur aku. Aku pasti ramai yang tak suka apabila diri mereka dimarahi, dimaki atau dicerca. Malah , buat mereka yang beragama Islam pasti tahu kalau Islam tidak menggalakkan penghinaan , pemberontakan , malah Islam yang aku tahu menggalakkan agar mereka yang melakukan kesalahan ditegur dengan sebaik-baiknya agar nasihat yang disampaikan terkesan di sanubari seseorang. Jadi , aku akan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit agar ianya menjadi semakin baik dari sehari ke sehari.