Wednesday 23 May 2012

Terlupa

Memang la kadang-kadang kita lupa , tapi pernah ke kita sedar balik setelah lupa ? Aku pun tak kata yang aku ni baik sangat sebab kadang-kadang aku pun teringat balik keseronokan lama dan macam nak buat balik. Macam je. Tapi aku 50 , 50 je...hurm,, ape nak jadi ???

Saturday 19 May 2012

Di saat hampir hanyut dalam keseronokan dunia. . .

Assalammualaikum. . . . 


Sekarang ni aku dah buka buku baru lagi. dan aku harap buku baru aku ni kekal selamanya. Sekarang ni aku dah perasan yang aku dah tunaikan serba sedikit azam tahun ni seperti tak nak bercinta dan nak tutup akaun facebook dan twitter. Bagi aku ni semua "entertainment" yang paling berpengaruh dalam diri aku sebelum ni. Cuma bab ibadah aku semakin lemah sekarang ni. Aku memang berharap sangat orang sekeliling aku dapat menjadi pengingat aku sentiasa. dan aku pun tahu yang zaman sekarang tak boleh nak berharap sangat dan kena pentingkan diri juga. Dan aku masih bersyukur kalau orang yang sakit hati dgn aku masih mahu menerima aku seadanya. Walaupun dah banyak kali mereka tersinggung dengan sikap aku yang semakin naik lemak ni. Aku pun nak sangat minta maaf kat mereka kalau aku dah banyak kali bohong dan tipu. Walaupun kadang-kadang boleh dikatakan tipu kecil , tapi aku nak juga minta maaf. Tapi , aku seringkali tak dapat nak luahkan ni semua melalui lisan aku sendiri kerana malu dengan diri aku dan mereka. Aku pun tahu siapa yang akan baca blog aku lepas aku tulis ni. Dan memang merekalah orang yang aku maksudkan. Buat kawan-kawan di sekolah pun , aku minta maaf kalau lepas ni aku terpaksa bersikap "agak sombong". Dan cikgu-cikgu sekolah pula , aku berjanji akan tumpukan perhatian terhadap P&P cikgu terutamanya cikgu kesayangan aku yang suatu ketika dulu merupakan cikgu paling aku anti iaitu Cikgu Azharina - mak angkat aku kat sekolah. Kedua-dua orang tua aku - mak & bapak pun sama juga. Aku terlalu sayangkan mak & bapak sampai aku sendiri tak tersayang. Adik-adik yang dulu yang aku benci , sekarang merupakn sebahagian daripada hidup aku dan tanpa mereka , siapalah aku untuk tetap kuat meneruskan kehidupan. Kini aku sedar , keseronokan yang kita kecapi bersifat sementara di dunia ni dan keseronokan yang berkekalan tak ada di dunia yang fana' ni. Memang , sifat malas dan sering gejoloh dalam sesuatu urusan dah sebati dalam jiwa aku yang lemah ni. Malah , boleh dikatakan berada dalam tahap serius seperti penyakit yang tak ada ubatnya. Tapi , aku pun teringat mutiara kata- MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. Betul cakap mereka yang banyak makan garam dunia ni dari aku , kalau keseronokan tu tak ada ketika usia kita masih belajar. Justeru kita kena bina kebahagiaan dan keseronokan untuk kita nanti. Urm. . .aku pun tak tahu nak tulis apa lagi dan aku berharap apa yang aku impikan akan tercapai dengan keberkatan dari Allah S.W.T..