Monday 23 January 2012

Waiting Outside The Lines

You'll never enjoy your life
Living inside the box
You're so afraid of taking chances
How you gonna reach the top
Rules and regulation
Force you to play it safe
Get rid of all the hesitation
Its time for you to seize the day
Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground
The time is now

I'm waiting...
Waiting...
Just waiting...
Waiting outside the lines...

Try to have no regrets
Even if its just tonight
How you gonna walk ahead
If you keep living behind
Stuck in my same position
You deserve so much more
Theres a whole world around us
Just witing to be explored
Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground
The time is now just let it go
Don't wanna have to force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
Cause i know
Whats in you is out there

I'm trying to be patient
This step is the hardest
I know you can make it
Go ahead and take it





I am confused....

KEMALASAN MELANDA JIWA TATKALA FIKIRAN SERING MEMIKIRKAN MASA DEPAN
--> I don't know wether i am still want to realise my dream or not. Seems like i was give up with it , but in my minds, erghh !!! Only Allah Know it...
-->I just think that i still can enjoy with my teen's life , but actually no ! You know what SHA FEROHA IDRUS ?? you will be sitting for SPM soon (thats about 200 days left)..
-->I feei like i was in hypnotised with my own imagination. And , actually , i'm realise that !! How can it be Ya Allah....


Ya Allah , I hope you will show me the truth pathway and you blessed it....Amin..



#psst,,4 those who did not understand i'm writing about , just shut up !! ngee ~
chills !!! :))))

Tuesday 10 January 2012

Hari Semakin Bersemangat (untuk SPM-9A's1)

Assalammualaikum....

Aku sangat gembira menjalani kehidupan disini.Aku sangat beruntung sebab dapat kawan yang baik-baik kat tempat baru ni.Kat sini juga aku dikira memulakan buku baru hidupku.Yang lepas , rahsiaku yang lama semua aku telah lupuskan dari ingatan.Alhamdulillah...aku memanjatkan kesyukuran ku ke hadrat ilahi...

SYUKUR
-bagi aku syukur itu akan menghindarkan diri dari perasaan riak dan takbur.

OVER CONFIDENT
-aku menyesal sebab terlalu yakin dengan kerja sekolah matematik (ingin cepat siap ,ingat jalan kerja betul) hinggakan aku banyak lakukan kesalahan.
-semak kerja yang dilakukan semula agar tidak melakukan "silly mistake".

TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA
-bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian.
-aggap kesusahan tu jalan ke kejayaan.

SEMOGA BERJAYA SHA FEROHA BINTI IDRUS !!!!
JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA !!
INGAT ORANG YANG BERHARAP KEJAYAAN KITA DAN JANGAN HAMPAKAN MEREKA !!
 
 
*kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia 
dan kadangkala kita perlu bergembira bagi setitis airmata.....

Monday 9 January 2012

Kebangkitan Semangat SPM,,,

Assalammualaikum.........

         SPM = 300 hari lagi !!! What should i do ?? ok..ok..Be calm..huh..
Macam ni lah aku bila ingat SPM.Alhamdulillah.... so far ok je kat sekolah and luar.Aku sekarang memang excited nak belajar , dan belajar.Maybe aku dah faham konsep belajar kot.Tapi Alhamdulillah la untuk semua kurniaan Allah untuk aku.Tapi however pun aku masih rindu kat sekolah lama dan kawan-kawan lama.Huhu...

Konsep pelajaran sepanjang hayat.......(baru belajar masa subjek sivik tadi) 

Sunday 8 January 2012

IDOLA SAYA.....

            Idola saya adalah bapak saya sendiri yang saya panggil "bapak". Beliau diberi nama IDRUS BIN ABD MAJID oleh tok dan wan saya.Beliau dilahirkan pada 22 Oktober 1968 di Kedah.Beliau juga merupakan anak bongsu dalam kalangan adik-beradiknya.Tetapi saya merupakan anak sulung kepadanya.Beliau kini bekerja sebagai pemandu teksi di LCCT dan merupakan pesara askar.Semasa zaman bujangnya , beliau pernah menjadi guru tuisyen dan mengajar subjek Bahasa Inggeris.Bapa saya berkahwin dengan emak saya pada tahun 1994.Begitulah sedikit sebanyak biodata mengenai dirinya.
             Mengenai keperibadiannya pula , beliau seorang yang sangat tegas dalam keputusannya dan juga dalam mendidik anaknya agar menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.Bapa saya juga seorang ayah yang penyayang dan kelakar bagi saya.Ini kerana beliau sering bergurau dengan emak dan kami adik-beradik.Ini yang membuat kami adik-beradik berasa selesa dan senang dengannya.
              Selain itu , saya sangat bangga mempunyai bapa yang sangat bersungguh-sungguh dan sanggup bekerja keras untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.Beliau telah menyediakan tempat tinggal yang selesa , makan minum yang mencukupi , pakaian yang bagus dan juga pendidikan untuk kami adik-beradik supaya kami dapat hidup dengan lebih baik daripadanya.Bapa saya juga mahir memasak.Acapkali beliau membantu emak saya di dapur jika beliau bercuti dari kerjanya.Masakannya juga sedap dan yang paling saya suka masakannya ialah "Bihun Bandung".Pengetahuan ayah saya tentang dunia luar juga sangat luas.Ini kerana beliau gemar membaca surat khabar seperti "Kosmo , Berita Harian , News Straits Times , The Star dan The Sun".Tanyakan saja apa-apa mengenai dunia luar , InsyaAllah beliau boleh jawab.Sebab itu juga saya memang bangga dengan "Bapak".
              Sesungguh
a , bapak memang seorang yang berhati luhur dan berjiwa penyayang bagi saya.Beliau memang seorang yang tabah dalam menjalani ujian hidup dan sering memberi tunjuk ajar serta membentuk kami menjadi yang terbaik.Tanpa beliau , kehidupan kami mungkin sebegini.Bapak lah yang menjadi pendorong kekuatan dan semangat saya serta IDOLA SAYA untuk berjaya dalam hidup.


*I LOVE U BAPAK,,,(saya harap karangan saya diterima oleh cikgu.Sebenarnya karangan ni dalam Bahasa Inggeris.)

 

Saturday 7 January 2012

BILA WAKTU TELAH MEMANGGIL


  Memang sayu dan takut BILA WAKTU TELAH MEMANGGIL.Begitu juga aku sebagai hamba-Nya.Aku sering lalai dan leka dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai anak, pelajar dan terutama sekali sebagai hamba-Nya.Nauzubillahiminzalik....tak dapat aku bayangkan betapa pedihnya siksa dan azab dari-Nya.Aku juga bersyukur kepada Allah S.W.T. atas petunjuk hidayah yang telah menyedar dan membimbing aku kembali ke pangkal jalan.Alhamdulillah...aku bersyukur di atas rahmat-Mu Ya Allah..

Thursday 5 January 2012

I miss mum damn much!!





Pn.Radziah is my mum.Rindu kat mak sangat-sangat.Tiap kali aku pergi ke sekolah , mesti teringat suasana dimana setiap pagi mak kejut aku untuk pergi sekolah.Balik sekolah je mak sambut aku dan mak masak tengahari untuk aku dan adik-adik.Sekarang ni semua dah berubah.Setiap pagi aku dah tak dapat salam mak seperti biasa.Oleh sebab nak berubah , aku perlu pilih jalan untuk berubah.Oleh kerana aku pilih jalan ni , jadi aku berjanji demi dan bapak aku , aku akan hadiahkan mereka kejayaan aku.Aku akan tebus kembali kesalahan-kesalahan yang aku lakukan pada mereka dengan hadiah kejayaan dari aku.Dengan linangan air mata , aku nak beritahu mereka (makbapak) , bahawa aku terlalu sayang mereka.Kalau mereka depan aku , aku nak beritahu mereka.

Mak , bapak , akak sayang sangat dekat mak dengan bapak.Akak mintak maaf kalau selama ni akak selalu buat mak dengan bapak sakit hati dengan perangai akak.Sayang mak dan bapak.

Assalammualaikum............

Wednesday 4 January 2012

First days at new school....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...........

Debaran memang terasa pada saat langkah pertama ke sekolah. Huhuhu... Tapi maklang cakap suruh baca "BISMILAHITAWAKKALTUALALLAH"..... Aku pun baca seperti yang disuruh tetapi dalam hati. Kira baca juga kan? Hehee~ Sampai sahaja di pejabat sekolah , kerani tu beritahu pendaftaran budak baru kat bilik mesyuarat. Jadi aku dan maklang langsung ke sana. Disana aku dapati ramai juga pelajar baru terutama tingkatan 4. Tapi aku tingkatan 5. Cikgu pula minta tingkatan 4 daftar dulu. Lama juga tunggu sampai pukul 9 baru masuk kelas 5 UTM. Hee~ Nama kelas ikut nama 'u' tau. Agaknya nak terbitkan perasaan seperti belajar di 'u' kot. Tapi masa aku tunggu , ada seorang "minah kerek"ni buat aku "hot" je. Yela aku mana tahu kalau kat sekolah tak boleh pakai beg sandang. Dia pula budak baru ada hati nak tegur budak baru. Tingkatan 4 pula tu. Tapi kat sekolah tu kene pakai kasut bertali. Cikgu tak bising pun. Tapi aku suka dengan cara dan suasana di sekolah baru. Dapat kawan yang tak kekok untuk aku berkawan dengan mereka. Tapi biasalah kalau awal-awal ada yang aku rasa tak ok lagi dengan aku. Apa-apa pun semua tu membuatkan aku tak sabar lagi nak teruskan persekolahan pada keesokan harinya. Agak-agaknya macam mana ye esok ? Adakah sama atau tidak ? Atau lebih baik dari hari ini ?

Tuesday 3 January 2012

1 day before school days....

Inilah gambar kat SMKSM dengan CIKGU HANISAH...budak2 kelas semua sporting belaka.Rindu kenangan dengan mereka semua.Tak tahu bagaimana perasaan mereka kat aku.


 Aku ingat lagi waktu ni aku memang "nakal" dekat sekolah.hehe.....Tapi semua ni jadi kenangan manis untuk aku.Memang aku takkan lupakan.

 Esok aku akan mulakan hari pertama persekolahan dekat sekolah baru aku iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA SKUDAI , JOHOR.Kat sekolah tu nanti aku akan dapat kawan baru , cikgu baru dan suasana baru.Tak tahu macamana nanti kat sekolah tu.Nanti aku ceritakan pada post baru.

SHA FEROHA BT. IDRUS akan sentiasa ceria walaupun sedang berduka.Cheers always !!!!

Monday 2 January 2012

1/1/2012

Alhamdulillah...3/3/2012 nanti genaplah usia aku 17 tahun.Sempena tahun baru ni semua orang ada azam termasuk juga aku.tapi azam aku sejak awal muharam lagi.Yela , ikut cara Islam.Azam aku tahun ini:-

1)NAK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK SPM.
2)NAK BERUBAH MENJADI GADIS SOLEHAH.
3)NAK JADI ANAK YANG BAIK UNTUK IBUBAPAKU.
4)MENJAGA AMAL IBADAHKU DENGAN LEBIH BAIK

InsyaALLAH...walaupun tak banyak , tapi bagi aku cukup untuk keperluan diDUNIA dan diAKHIRAT.Selain itu ,aku juga perlukan doa daripada ibubapa dan kaum keluarga serta rakan-rakan.