BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...........
Debaran memang terasa pada saat langkah pertama ke sekolah. Huhuhu... Tapi maklang cakap suruh baca "BISMILAHITAWAKKALTUALALLAH"..... Aku pun baca seperti yang disuruh tetapi dalam hati. Kira baca juga kan? Hehee~ Sampai sahaja di pejabat sekolah , kerani tu beritahu pendaftaran budak baru kat bilik mesyuarat. Jadi aku dan maklang langsung ke sana. Disana aku dapati ramai juga pelajar baru terutama tingkatan 4. Tapi aku tingkatan 5. Cikgu pula minta tingkatan 4 daftar dulu. Lama juga tunggu sampai pukul 9 baru masuk kelas 5 UTM. Hee~ Nama kelas ikut nama 'u' tau. Agaknya nak terbitkan perasaan seperti belajar di 'u' kot. Tapi masa aku tunggu , ada seorang "minah kerek"ni buat aku "hot" je. Yela aku mana tahu kalau kat sekolah tak boleh pakai beg sandang. Dia pula budak baru ada hati nak tegur budak baru. Tingkatan 4 pula tu. Tapi kat sekolah tu kene pakai kasut bertali. Cikgu tak bising pun. Tapi aku suka dengan cara dan suasana di sekolah baru. Dapat kawan yang tak kekok untuk aku berkawan dengan mereka. Tapi biasalah kalau awal-awal ada yang aku rasa tak ok lagi dengan aku. Apa-apa pun semua tu membuatkan aku tak sabar lagi nak teruskan persekolahan pada keesokan harinya. Agak-agaknya macam mana ye esok ? Adakah sama atau tidak ? Atau lebih baik dari hari ini ?
Sabaq ja la..jaga diri di persekitaran baru. Biarlah ada yang kerek pun. bukan hidup lama pun..lama2 yang kerek tuh selalu akan jadi kawan. Wallahualam.
ReplyDeleteAmin...pray the best for me...:-)
ReplyDelete